Header Ads

Resepi Kek Coklat Lava Viral Paling Marvelous

Resepi Kek Coklat Lava Viral Paling Marvelous | Kek yang menjadi kegilaan ramai masa kini dan trending di Facebook iaitu 'kek coklat lava'. Memang seperti lava apabila anda memotong kek itu dan akan meleleh coklat tersebut. Anda nak cuba buat kek coklat lava? Disini SedapResepi kongsikan resepi kek coklat lava viral paling sedap. Pastikan anda mencuba ya!

Baca juga : Resepi Kek Coklat Mudah Dan Lembut

Resepi Kek Coklat Lava Viral Paling Marvelous

Resepi Kek Coklat Lava Viral 


Bahan Pertama:
● 1 cawan serbuk koko
● 1 cawan susu cair 
● 1 cawan gula pasir
● 1 cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
● 1/2 cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:
● 1 cawan dan suku cawan tepung gandum
● 1 sudu soda bikarbonat 
● 1 sudu serbuk penaik
● 4 biji telur
● 1 sudu esen perisa vanila

Cara Menyediakan Kek Coklat Lava 


Campuran pertama:
1. Campuradukkan semua bahan pertama tadi iaitu gula, susu pekat manis, susu cair dan marjerin ke dalam kuali. 
2. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil.

Campuran kedua:
1. Campuradukkan dan ayak bahan kedua tadi iaitu tepung gandum, serbuk penaik, serbuk koko dan soda bikarbonat dengan sekata.
2. Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Ingat pastikan pukul telur itu sehingga kembang. 

Campuran Ketiga:
1. Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.
2. Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Adun dan kacau sehingga sekata.
4. Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang tersebut.
5. Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.
6. Tutup loyang anda dengan aluminium foil untuk pastikan kedap udara.
7. Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam sementara menunggu kek anda masak.
8. Anda boleh mengambil masa ini untuk menyediakan topping/ ganache untuk kek.

Cara Menyediakan Ganache/ Topping Kek Coklat Lava 


Cara Pertama:
● Setengah cawan susu pekat manis
● 2 sudu besar serbuk koko
● 2 sudu besar mentega

Cara:
1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk (api kecil) dan kacau hingga pekat.
2. Kemudian masukkan mentega  dan tutup api.
3. Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Kek Coklat Lava anda sudah siap untuk dihidangkan dan dinikmati bersama seisi keluarga. Terima kasih sudi membaca artikel resepu kek coklat lava viral ini. Jangan lupa share resepi ini di Facebook dan Whatsapp!

Artikel berkaitan :
● Resepi Kek Oreo Susu Viral Dengan 2 Bahan Je!

Kredit : MalaysiaViralRecipe, FB Resepimemikatsuami 

No comments

Powered by Blogger.