Header Ads

Resepi Takoyaki Makanan Jepun Paling Sedap

Resepi Takoyaki Makanan Jepun Paling Sedap | Pernah anda makan makanan Jepun iaitu Tokayaki? Kebanyakan gerai tepi jalan atau stall kat shopping mall yang menjual tokayaki. Rata-rata gemar dengan masakan tokayaki kerana rasanya yang enak walaupun makanan ini berasal dari Jepun. Anda nak cuba buat tokayaki? Jom cuba resepi tokayaki paling sedap di bawah.

Resepi Takoyaki Makanan Jepun Paling Sedap
Kredit gambar : banyakresepi 

Resepi Takoyaki Makanan Jepun Paling Sedap 


I. Bahan Bancuhan Tepung Takoyaki

● 1 cawan tepung gandum
● 2 biji telur
● 1 1/2 sudu besar tepung jagung
● 2 cawan air (guna cawan yang sama sukat tepung gandum)
● 1/2 sudu teh garam
● 1 sudu teh serbuk dashi (boleh ganti dengan serbuk pati ikan bilis juga)

II. Bahan-bahan Inti Tokayaki

● Sotong (boleh ganti dengan sosej/ayam/crabstick/udang/tuna, ikut suka hangpalah,nak buat versi vegeterian taknak letak lauk pun boleh)
● Daun bawang dicincang
● Kobis dicincang
● Minyak untuk sapu di takoyaki pan

Cara Penyediaan :

1. Campurkan semua bahan bonito powder @ dashi powder dan blendkan. Kacau hingga tak berketul.
2. Panaskan acuan takoyaki ataua acuan kuih cara dan sapu minyak sikit.
3. Tuang adunan tepung ke dalam acuan (separuh acuan).
4. Masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
5. Tuang lagi adunan tepung hingga menutupi isi.
6. Tunggu hingga bahagian bawah keras sedikit kemudian balik2kan sehingga jadi bulat dan keperangan. (gunakan lidi)
7. Taburkan fishflakes, sos okonomiyaki, mayonis dan serbuk nori.
8. Siap dan boleh dimakan panas-panas

Video Tutorial Masak Tokayaki 


 

Selamat memjamu selera dengan masakan tokayaki mudah dan sedap. Jangan lupa cuba resepi tokayaki makanan jepun di atas. Share kepada rakan-rakan anda di group Telegram, Whatsapp dan Facebook.

Kredit

No comments

Powered by Blogger.