Header Ads

Resepi Nugget Ayam Sedap dan Mudah

Resepi Nugget Ayam Sedap dan Mudah | Kadang-kadang ibu yang kesuntukan masa nak pergi bekerja atau letih baru pulang kerja mesti terfikir ingin masakan mudah. Khas untuk anda yang ingin cuba buat resepi yang mudah dan sedap. Inilah resepi nugget ayam yang menjadi kegemaran buat anak-anak anda. Jom cuba resepi nugget ayam ini!

Resepi Nugget Ayam Sedap dan Mudah


Resepi Nugget Ayam Sedap dan Mudah 


Bahan - bahan :
● 400g daging ayam cincang
● 1 sudu besar italian seasoning
● 1 cawan tepung gandum
● 2 biji telur
● Lada hitam
● Garam
● Minyak masak

Cara - cara :
1. Gaul tepung gandum bersama lada hitam, Italian seasoning dan garam secukupnya.
2. Gaul telur bersama garam dan gaulkan daging ayam bersama garam.
3. Ambil secubit daging ayam dan celup dalam tepung dan telur.
4. Goreng sehingga kelihatan nugget ayam kuning keemasan.

Selamat mencuba resepi nugget ayam ini.

No comments

Powered by Blogger.