Header Ads

Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap

Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap | Kebiasaannya menu ayam untuk dimasak adalah masak cabai atau goreng. Apa kata anda cuba pula dengan masakan ayam masak kurma? Nak cuba resepi ayam masak kurma paling sedap dan menyelerakan. Jom cuba resepi ayam masak kurma ini!

Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap
Image : singaporelocalfavourites 


Resepi Ayam Masak Kurma 


Bahan-Bahan:

● 1 kg ayam
● 2 cawan santan pekat
● 2 biji tomato (dipotong 4)
● 4 sudu besar rempah kurma ayam
rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
● 2 biji kentang
● 1 biji lobak merah (didadu besar)
● 5 ulas bawang putih untuk dikisar
● 5 ulas bawang merah untuk dikisar
● 2cm halia untuk dikisar
● sedikir air asam jawa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak terlebih dahulu.
2. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih & halia), rempah tumis dan rempah kurma ayam dan kacaukan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau biar sebati dan tunggu masak seketika.
4. Masukkan pula kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa.
5. Masukkan santan apabila kentang dan lobak merah sudah empuk.
6. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa sebagai tambahan perasa.
8. Siap hidangan dan hidangkan.

Selamat memjamu selera dengan masakan ayam masak kurma sedap. Jangan lupa cuba resepi ayam masak kurma di atas. Share kepada rakan-rakan anda di group Telegram, Whatsapp dan Facebook.

Kredit

No comments

Powered by Blogger.