Header Ads

Resepi Wantan Sardin Keju Rangup

Resepi Wantan Sardin Keju Rangup | Anda nak cuba buat wantan sardin campuran keju? Jom cuba masak wantan sardin keju memang rangup. Rugilah korang tak cuba resepi wantan sardin ni. Okay disini SedapResepi kongsikan Resepi Wantan Sardin Keju Rangup buat anda semua. Cubalah!

Resepi Wantan Sardin Keju Rangup


Resepi Wantan Sardin Keju Rangup 


Bahan-bahan :
● 1 tin sardin
● 50g keju cheddar
● 2 paket kulit wantan
● 2 daun bawang dihiris halus
● 1 telur dipukul perlahan
● 50g lobak merah dengan dipotong dadu halus
● Minyak untuk menggoreng
● Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Lenyek sardin dan campurkan dengan minyak dari dalam tin.
2. Masukkan keju, lobak merah dan daun bawang.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng. Isi setiap satu kulit wantan dengan satu sudu teh campuran sardin tadi dan lipat segi tiga.
4. Goreng sehingga kekuningan dan angkat apabila sudah masak.
5. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba Resepi Wantan Sardin Keju Rangup ini.

Resepi dan foto : Ayam Brand

No comments

Powered by Blogger.