Header Ads

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api|Anda nak cuba masakan udang masak lemak cili api? Rasanya kalau bagi yang gemar masakan ini, sudah tentu tak boleh hidup tanpa masak lemak. Tahu tak cara buat masak lemak cili api yang ringkas tapi sedap. Jika anda yang tak boleh miss masak lemak, disini SedapResepi kongsikan Resepi Udang Masak Lemak Cili Api tak sampai 10 minit siap!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan :
● 10 cili padi
● 500g udang
● 1 cawan santan pekat
● 2 inci kunyit hidup
● 1 batang serai
● garam
● air secukupnya
● daun kunyit yang dihiris
● minyak masak

Cara-caranya :
1. Terlebih dahulu kisar cili padi dan kunyit hidup.
2. Panaskan minyak dan tumis pes cili padi dan kunyit hidup tadi.
3. Masukkan pula santan dan serai, dan kacau sentiasa.
4. Masukkan udang dan biarkan sehingga masak. Boleh tambah air jika perlu.
5. Masukkan garam dan kacau dengan rata.
6. Taburkan dengan hirisan daun kunyit dan hidang.


Selamat mencuba resepi udang masak lemak cili api memang sedap.

No comments

Powered by Blogger.