Header Ads

Resepi Sup Daging Mudah dan Sedap

Resepi Sup Daging Mudah dan Sedap| Apabila saja tibanya Hari Raya Korban secara kebiasaannya umat Islam akan melaksanakan ibadat korban dengan penyembelihan lembu atau kerbau. Sudah tentunya ada majlis kesyukuran dan doa selamat dengan adanya masakan. Anda tahu masakan resepi sup daging yang sedap? Cara masakan resepi daging simple? Okay disini Sedapresepi kongsikan resepi sup daging mudah dan sedap. Lihat ini juga : RESEPI SUP AYAM SEDAP DAN MUDAH

Resepi Sup Daging Mudah dan Sedap

Resepi Sup Daging Mudah dan Sedap 


Bahan-bahan :
● 1 kilo tulang lembu
● 3/4 sudu teh serbuk kasar lada hitam
● 2 batang serai
● Kentang dan lobak merah dipotong dadu
● Air secukupnya

Masukkan tulang daging lembu bersama serai, serbuk lada dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga daging empuk. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah. Tambah garam secukupnya.

Bahan tumis :
● 1 sudu besar minyak sapi
● 1 batang kulit kayu manis
● 2 kuntum bunga lawang
● 4 biji buah pelaga
● 4 bunga cengkih
● 7 ulas bawang merah dihiris nipis
● 3 ulas bawang putih dicincang
● 1 inci halia dimayang
● 2 sudu besar rempah sup
● 1 sudu besar rempah kurma
● Minyak masa secukupnya

Bahan kisar :
● 1 labu bawang besar
● 1/2 batang lobak merah
● 1 batang celeri

1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan tumis dan masak sehingga bawang kekuningan. Kemudian, masukkan pes rempah sup dan rempah kurma.
2. Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga terbit minyak.
3. Kemudian, curah ke dalam rebusan daging.
4. Renehkan sekejap.

Sambal cili kicap :
● 2 biji cili padi
● 2 ulas bawang putih
● 2 ulas bawang merah
● 1 sudu besar jus lemon
● 1/3 cawan kicap lemak masin

Baca juga :
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Selamat mencuba resepi sup daging ini. Terima kasih sudi membaca Resepi Sup Daging Mudah dan Sedap. Mohon Share dan Bookmark.

No comments

Powered by Blogger.