Header Ads

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup & Lembut

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup & Lembut | Anda nak cuba satu resepi ni mudah dan cepat masak? Nak sotong goreng tepung lembut di dalam dan rangup di luar? Ramai yang tak berapa gemar nak masak sotong goreng tepung ni sebab tajut meletup bila digoreng. Jangan bimbang pastikan, sotong yang telah ditoskan sehingga paling kering. Disini SedapResepi kongsikan resepi sotong goreng tepung rangup buat anda semua.

Resepi Sotong Goreng Tepung
Image : malaysiamostwanted 

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup & Lembut 


Bahan-bahan :
● Sotong
● 1/2 cawan tepung beras
● 1/2 cawan tepung jagung
● 1 cawan tepung gandum
● 1 sudu kecil serbuk lada hitam
● 1 sudu kecil serbuk lada putih
● 1 sudu kecil garam
● 1 biji telur
● minyak secukupnya

Cara-cara :
1. Toskan sotong hingga betul-betul kering.
2. Gaulkan sotong dengan secukup rasa garam dan biarkan selama 10 minit.
3. Masukkan telur dan gaulkan .
4. Di dalam mangkuk lain, gaul ketiga-tiga tepung bersama lada putih, lada hitam dan garam.
5. Celup sotong di dalam tepung dan goreng.
6. Sudah masak dan hidangkan.


Selamat mencuba dengan resepi ini.

Kredit : says

No comments

Powered by Blogger.