Header Ads

Resepi Puding Pisang Bersos Karamel Lazat & Sedap

Resepi Puding Pisang Bersos Karamel Lazat & Sedap | Anda ingin mencuba makanan pencuci mulut yang enak dan lazat? Apa kata anda cuba kali ini dengan menu puding pisang bersos karamel. Jika anda ingin mencuba membuat puding pisang sos karamel dengan menggunakan periuk nasi. Disini SedapResepi kongsikan resepi puding pisang bersos karamel lazat dan sedap.

Resepi Puding Pisang Bersos Kramel Lazat & Sedap

Resepi Puding Pisang Bersos Karamel Lazat & Sedap 


Bahan-bahan :
● 2 sudu besar gula merah dan tambah 1/2 cawan gula merah diasingkan.
● 1 biji pisang yang dihiris halus dan tambah 2 biji juga diasingkan dan dilenyek.
● 1 biji telur dan dipukul sedikit
● 30g mentega yang dicairkan dan tambah 60g mentega yang diasingkan
● 2 sudu besar susu
● 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
● 1 cawan tepung penaik

Bahan-bahan sos karamel :
● 300ml krim
● 80g mentega
● 1/2 cawan gula merah

Cara-cara membuat puding :
1. Ratakan kertas pembakar ke dasar periuk nasi.
2. Selepas itu, tuangkan 30g mentega yang telah dicairkan ke atas kertas tadi.
3. Kemudian, taburkan 2 sudu besar gula merah dan ratakan.
4. Susun pisang yang telah dihiris ke atas gula yang ditabur dan letakkan ke tepi.
5. Campurkan mentega yang dicairkan dan gula merah telah diasingkan, serbuk kayu manis, telur, pisang telah dilenyek dan susu ke dalam mangkuk.
6. Tapis tepung dan campurkan ke dalam adunan tersebut.
7. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam periuk nasi yang telah diasingkan tadi
8. Ratakan permukaan adunan dahulu dan masak dalam masa 5 minit. Apabila, psriuk nasi telah ke mod 'warm' rehatkan ia untuk 10 minit
9. Masa sama, masak puding dalam 10 minit
10. Cucuk sedikit di tengah puding untuk pastikan ia masak.
11. Jika sudah masak, terbalikkan puding ke atas pinggan & buang kertas pembakar.

Untuk membuat sos karamel :
1. Masukkan krim, mentega dan gula merah ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga mendidih.
2. Masak dan kacau selama 5 minit.
3. Masukan sos yang dimasak ke dapam jag kalis haba.
4. Sedia untung hidang. Potong puding pisang dan tuangkan sos karamel ke atas puding tersebut.

Enakkan? Selamat mencuba Resepi Puding Pisang Bersos Karamel Lazat & Sedap.

No comments

Powered by Blogger.