Header Ads

Resepi Puding Koktel Buah-Buahan

Resepi Puding Koktel Buah-Buahan | Pernah buat puding koktel buah-buahan? Jika belum jom cuba buat puding koktel buah-buahan campuran yang seringkali menjadi pilihan pencuci ketika Majlis Hari Jadi, Majlis Hari Terbuka, kenduri kesyukuran dan sebagainya. Dengan rasanya yang enak, kuah susunya yang manis dan buah-buahan campuran berwarna warni sudah tentu menjadi pilihan sesiapa sahaja. Disini SedapResepi kongsikan resepi puding koktel buah-buahan.

Resepi Puding Koktel Buah-Buahan

Resepi Puding Koktail Buah-Buahan


Bahan-bahan :
● 500ml Air
● 250ml susu segar
● 1 sudu kecil esen vanilla
● 6g agar-agar
● 50g buah laici dipotong kecil
● 50g buah-buahan campuran di dalam tin
● 50g nenas dipotong kecil
● 50g nata de coco dipotong kecil

Cara menyediakan :
1. Didihkan air dan agar-agar.
2. Apabila agar-agar telah larut dan masukkan susu sejat dan esen vanila.
3. Kacau rata dan tapiskan campuran agar-agar.
4. Letak buah-buahan dan nata de coco di dalam acuan.
5. Tuangkan campuran agar-agar dan biarkan sejuk seketika.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk dalam beberapa jam.
7. Keluarkan puding dari acuan dan hidangkan.

Jom cuba resepi puding koktel buah-buahan yang sedap. Selamat mencuba. Sila share dan bookmark.

Kredit gambar : ajinomoto.com

No comments

Powered by Blogger.