Header Ads

Resepi Kek Kukus Milo Sedap dan Mudah

Resepi Kek Kukus Milo Sedap dan Mudah |Tahu tak buat kek kukus milo? Apa kata koko kita tukarkan milo. Berminat untuk cuba? Jom kita cuba resepi kek kukus milo yang sedap dan mudah. Disini SedapResepi kongsikan resepi kek kukus milo mudah untuk anda buat di rumah.

Baca juga : Resepi Kek Oreo Susu Viral Dengan 2 Bahan Je!

Resepi Kek Kukus Milo Sedap dan Mudah
Kredit Nora Aisha 

Resepi Kek Kukus Milo Sedap dan Mudah 


Bahan-bahan :
● 1 cawan milo
● 1 cawan susu cair
● 1 cawan minyak masak
● 1/2 cawan susu pekat
● 1 cawan tepung naik sendiri
● 3 biji telur
● 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
1. Masukan milo, susu cair, susu pekat dan minyak masak dalam periuk. Gaulkan hingga sebati dengan api sederhana.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kemudian letak esen vanilla dan pukul sehingga telur dah tak kelihatan kuning.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam adunan dan kacau sekata sehingga licin dan tak ada gelebung tepung.
4. Panaskan air kukus.
5. Sementara itu, sapukan marjerin pada loyang dan taburkan sedikit tepung gandum.
6. Kukus selama lebih kurang 1 jam. Kalau tak meletak, maknanya kek dah masak sempurna.
7. Biarkan kek sejuk, teruskan pula dengan topping kek.
8. Masukkan 1/2 cawan milo, 1 sudu minyak masak, 1 sudu air suam dan 1/2 cawan susu pekat dan dimasak secara double boil sehingga sebati.
9. Akhir sekali, curahkan pada kek tadi.

Artikel berkaitan :
● Resepi Kek Coklat Lava Viral Paling Marvelous

Selamat mencuba resepi kek kukus milo ini.

No comments

Powered by Blogger.