Header Ads

Resepi Kek Coklat Mudah Dan Lembut

Resepi Kek Coklat Mudah Dan Lembut |Terliur tengok orang duk tayang gambar kek coklat. Dengan siap ada topping pulak. Mesti best kalau dapat buat sendiri je. Apa kata anda cuba buat resepi kek coklat ini. Mana tau nanti ada orang buat tempahan daripada anda. Disini SedapResepi kongsikan resepi kek coklat mudah dan sedap.

Artikel berkaitan :
● Resepi Kek Oreo Susu Viral Dengan 2 Bahan Je!

Resepi Kek Coklat Mudah Dan Lembut

Resepi Kek Coklat Mudah 


Bahan-bahannya :
● 1/2 cawan gula
● 1 1/2 cawan tepung
● 4 sudu besar serbuk koko
● 1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
● 1 sudu kecil soda penaik
● 1/2 sudu kecil garam
● 1/2 sudu kecil serbuk penaik
● 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
● 1 sudu besar cuka
● 1 cawan air
● 90ml minyak bunga matahari

Cara-cara memasak :
1. Campurkan tepung, gula, soda penaik, serbuk koko, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati.
2. Untuk adunan seterusnya , masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air.
3. Kacau sehingga sebati dan campurkan kedua-dua adunan kering dan basah dan kacau sehingga lembut.
4. Sapukan mentega sebagai pelincir ke periuk nasi.
5. Tuangkan adunan dan masak selama 60 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak.
6. Setelah kek masak, sejukkan kek dalam masa 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.
7. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan.

Baca juga :
● Resepi Kek Coklat Lava Viral Paling Marvelous

Selamat mencuba resepi kek coklat ini.

No comments

Powered by Blogger.