Header Ads

Resepi Shell Out Mudah Dan Sedap Di Rumah

Resepi Shell Out Mudah Dan Sedap Di Rumah|Pernah makan shell out seafood? Tahu buat shell out sedap? Jika belum tak bersusah payah pergi ke restoran atau kafe, anda boleh cuba sendiri resepi shell out di rumah. Anda perlu sediakan ketam, udang, lala, sotong dan sayur-sayuran dan masak sendiri seperti makan shellout di restoran. Mudahkan? Jadinya sedapresepi sediakan resepi shell out mudah dibuat di rumah.

Resepi Shell Out Mudah Dan Sedap Di Rumah

Resepi Shell Out Mudah Dan Sedap Di Rumah 


Berikut adalah bahan-bahan shell out dan cara masakan shell out yang mudah dan cepat ;

I. Creamy Butter Prawn
1. Bersihkan dulu 3kg udang dan panaskan 1 cawan minyak. Goreng udang separuh masak. Bila merah ja terus angkat dan tapis.
2. Tinggalkan minyak udang tadi dalam kuali. Tambah setengah butter. Tumis 5 ulas bawang putih yang telah dihiris dan 3 atau 5 hirisan cili api. Lepas itu, segenggam daun kari sampai naik bau.
3. Masukkan 2 tin susu cair dan tin air. Tambah 1 paket perencah nasi goreng cina adabi dan tambah pula 1 sudu susu manis. Masukkan udang tadi dan kacau.
4. Tambah perasa garam. Masukkan 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan 3 sudu air.
5. Bila dah pekat tutup api.

II. Lala Paprik
1. Rendam 2kg lala dengan 5 serai ketuk selama 30 minit. Tapis dan cuci bersih.
2. Hiris 2 bawang merah + 4 bawang putih dan ketuk 3 serai.
3. Panaskan minyak, tumis bawang, serai, 4 helai daun limau purut + 1/2 cawan cili blender sampai naik bau.
4. Masukkan setengah cawan air, 1 perencah nasi goreng tomyam adabi, cili sos, sos tiram dan sos tomato ikut citarasa.
5. Tambahkan garam dan gula. Masukkan lala.
6. Kacau dan masak sampai kuah agak kering. Masukkan pula 1 sudu tepung jagung dengan dibancuh 3 sudu air. Kacau sampai masak.

III. Chillie Crab 
1. Bersihkan 7 ekor ketam besar dandan belahkan kepada dua.
2. Panaskan minyak dan tumis 2 cawan cili blender (cili kering diblend, bawang besar dan bawah puting sampai halus). Tumis sampai garing.
3. Masukkan 5 biji telur dan kacau rata. Masukkan pula 1 paket perencah nasi goreng kampung Adabi dan garam, gula & cuka secukup rasa.
4. Masukkan 1 cawan air dan dikacau dengan 2 sudu tepung jagung.
5. Kacau sampai mendidih dan masukkan ketam. Kacau sampai ketam masak.

IV. Crispy Sotong
1. Siang dan bersihkan 2kg sotong. Hiris sotong.
2. Toskan sampai kering dan lap dengan towel biar betul-betul kering.
3. Gaul dengan 4 biji telur dikacau.
4. Selepas itu, gaul dengan tepung goreng.
5. Panaskan 1 kg minyak dalam periuk. Goreng sikit-sikt api besar sampai kering. Toskan.

Bagaimana Persediaan Shell Out Di Rumah 


1. Hamparkan surat khabar atau pun plastik di atas meja dengan selotep.
2. Letak seafood di tengah-tengah atas meja dan hidangkan.
3. Masa untuk menjamu selera.

Kredit : FB Kakak Faa

Selamat bershell out. Semoga perkongsian resepi ini membantu anda membuat masakan shell out di rumah. Terima kasih membaca artikel Resepi Shell Out Mudah Di Rumah. Boleh bookmark resepi ini dan share!

No comments

Powered by Blogger.