Header Ads

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai| Pernah cuba resepi daging masak hitam? Apa kata kali ini anda cuba masakan daging masak merah sedap dan mudah. Nak tahu resepinya? Disini SedapResepi kongsikan resepi daging masak merah di bawah.

Resepi Daging Masak Merah

Resepi Daging Masak Merah 


Bahan-bahan :
● 300g daging batang pinang dipotong kecil
● 2 sudu besar minyak jagung
● 3 biji bunga lawang
● 4 biji buah pegaga
● 1 biji bawang besar dikisar
● 2 batang kayu manis
● 3cm halia dikisar
● 4 ulas bawang putih dikisar
● 2 tangkal serai dikisar
● 50g daun bawang dihiris 5cm
● 2 biji bawang besar dipotong
● 2 sudu besar puri tomato
● 4 sudu besar sos tomato
● 2 sudu besar sos cili
● 1 cawan air

Cara memasak :
1. Pertama kali cuci daging dan keringkan. Potong kecil dan ketepikannya.
2. Kemudian, kisarkan bawang putih,bawang besar, halia dan serai secara berasingan.
3. Tambahkan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan yang dikisar tadi hingga bau wangi.
4. Kemudian, masukkan daging dan kacau rata.
5. Campurkan sos tomato, sos cili, puri tomato, dan secawan air. Kacau semua bahan ini bersama daging dan biarkan masak sehingga empuk.
6. Akhir sekali, tambah cili merah, daun bawang dan bawang besar.
7. Renehkan selama beberapa minit dan hidangkan.

Sedapkan? Masakan daging masak merah yang sesuai dihidangkan bersama acar dan timun. Selamat menjamu selera dengan resepi daging masak merah sesuai untuk seisi keluarga. Sila share dan bookmark resepi ini. Jom lihat video di bawah cara memasak resepi daging masak merah dengan mudah.

No comments

Powered by Blogger.