Header Ads

Resepi Makaroni Goreng Pedas

Pernah cuba resepi makaroni goreng pedas? Sekali sekala nak masak masakan Itali pasti sangat menyelerakan anda. Resepi apa yang patut cuba? Pasta? Di sini dikongsikan oleh penulis mengenai resepi makaroni goreng pedas yang pasti anda perlu cuba nanti.

Image result for Resepi Makaroni Goreng Pedas

Resepi Makaroni Goreng Pedas


Beriku dikongsikan bahan-bahan masakan dan cara-cara membuat resepi makaroni goreng pedas:

  • Bahan-bahan (3-4 orang)

250g makaroni
200g daging ayam / seafood
1/2 ulas bawang besar – dicincang
2 ulas bawang putih – dicincang
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit belacan (optional)
1/2 biji capsicum
2 biji cendawan butang
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
Garam dan gula
Minyak masak
  • Cara-cara

Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato, sos tiram, belacan dan capsicum. Masukkan sedikit air.
Masukkan daging ayam/seafood dan kacau sehingga hampir masak.
Masukkan cendawan, cili merah, cili hijau dan makaroni. Kacau hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

No comments

Powered by Blogger.